>

Islam indonesia

Thursday, December 19, 2013

Tafsir Ayat-ayat Hukum Imam asy-Syafi'i - Imam Asy-Syafi’i


Judul Buku : Tafsir Ayat-ayat Hukum Imam asy-Syafi'i
Penulis       : Imam Asy-Syafi’i
Penyusun   : Imam Al-Baihaqi
Tahqiq        : Abdul Ghani Abdul Khaliq
Penerbit     : PUSTAKA AZZAM
Tebal           : 724 Halaman 

Harga         : Rp 151.000,00
Diskon        : 30%
Nett            : Rp 105.700,00

Kemasyhuran akan nama Imam asy-Syafi'i rahimahullah memang tidak dapat diragukan lagi. Beliaulah yang mazhabnya menjadi anutan dan pegangan sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia. Beliau seorang pakar dalam bidang ushul fiqh, fiqih, dan hadis. Karya terkenal beliau yang tersebar ke serta wilayah Islam adalah seperti al-Umm dan ar-Risalah.
 
Namun tidak ramai yang mengetahui beliau juga pakar dalam bidang tafsir al-Qur'an kerana tidak adanya karya tafsir susunan beliau sendiri yang sampai ke hadapan kita. Namun ini bukan bermakna beliau tidak pernah mengungkapkan tafsir-tafsir al-Qur'an kepada umum sama sekali.
 
Namun, inilah hakikat yang mungkin ingin dikemukakan oleh al-Imam al-Baihaqi rahimahullah. Beliau tampil menghimpunkan riwayat-riwayat perkataan imam asy-Syafi'i tentang tafsir al-Qur'an yang bertebaran di dalam karya-karya beliau dan selainnya. al-Baihaqi mengumpulkan tafsir-tafsir al-Qur'an yang diriwayatkan daripada Imam asy-Syafi'i menjadi sebuah buku khusus tentang ayat-ayat hukum dalam al-Qur'an.
 
Himpunan riwayat-riwayat tafsir ini menunjukkan penguasaan Imam asy-Syafi'i yang begitu tajam dan komprehensif tentang hukum-hakam fiqh dalam al-Qur'an. Ia mencakupi kefahaman teks, konteks ayat, dan asbab an-Nuzul ayat.
 
Maka, ambillah peluang dari hasil terjemahan buku ini untuk mengenali imam asy-Syafi'i rahimahullah dengan lebih dekat lagi terutamanya melalui bidang tafsir al-Qur'an.


0 comments:

Post a Comment