Penerbit : Pustaka Azzam
Jilid 1 Rp 173.000,- (Diskon 30%) Rp 121.100,-
Jilid 2 Rp 139.000,- (Diskon 30%) Rp 97.300,-
Imam ath-Thabrani adalah seorang tokoh ulama hadis yang ramai gurunya. Beliau meriwayatkan hadis dari 1000 orang guru atau lebih. Beliau merupakan seorang yang luas ilmunya, kuat hafalannya, perjalanannya mencari ilmu (hadis) begitu banyak, gurunya ramai, seorang ahli fiqh, ahli bahasa, ahli tafsir, ahli qiraat, dan lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengurniakan kepada beliau umur yang panjang, iaitu 100 tahun lebih.
Beliau termasuk kalangan ulama yang banyak mendapat pujian. Para ulama menggelarkan beliau sebagai Musnid ad-Dunya (iaitu seorang tokoh yang banyak riwayat hadisnya di dunia).
Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H), “Beliau seorang yang tsiqah (terpercaya), luas hafalan hadis-hadisnya, mengenal cacat-cacat hadis, mengenal biografi para perawi hadis serta memahami permasalahan fiqh hadis, karya-karya tulisnya banyak sekali...”
Dan ini (kitab hadis Mu’jam ash-Shaghir) adalah antara karya beliau yang besar setelah Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsath. Bagi edisi terjemahan ini, ia diambil dari hasil tahqiq oleh Syaikh Muhammad Syakur. Bagi edisi ini, pentahqiq telah menyertakan secara bersama di dalamnya biodata atau biografi ringkas setiap perawi yang menjadi guru Imam ath-Thabrani. Selain itu, pentahqiq juga memberikan penomboran bagi hadis-hadis di dalamnya, menyebutkan status kesahihan hadis, menyertakan sumber-sumber lain bagi hadis yang disebutkan oleh Imam ath-Thabrani, dan beberapa lainnya.
Semoga dengan hadirnya edisi terjemahan ini, ia akan membantu para pembaca menambah sumber rujukan kitab-kitab hadis yang sedia ada. Apatah lagi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thbarani ini kebanyakannya adalah dari rangkaian hadis-hadis yang sukar atau tidak ditemui dalam kitab-kitab hadis yang lainnya.
0 comments:
Post a Comment