>

Islam indonesia

Monday, December 2, 2013

Shahih Ibnu Hibban 5 - Ala'uddin Ali Bin Balban Al Farisi



Judul Buku    : Shahih Ibnu Hibban 5
Penulis          : Ala'uddin Ali Bin Balban Al Farisi
Kover            : Hard
Tebal             : xl+764
Berat             : -
Penerbit         : Pustaka Azzam
Jenis Kertas   : HVS

Harga              :  Jilid 5 Rp171.000,- (Diskon 30%) Rp 119.700,-

Shahih Ibnu Hibban disusun oleh Imam al-Hafiz al-‘Allamah Abu Hatim Muhammad B. Hibban at-Tamimi al-Busti as-Sijistani rahimahullah (Wafat: 354H).
 
Judul asal kitab ini adalah al-Musnad Ash-Shahih 'ala Taqashim wa Al-Anwa’ dan ia memuatkan 7495 buah hadis.
 
Imam as-Sakhawi rahimahullah dalam kitabnya Fathul Mughits Syarah Alfiyah berkata, “Ada yang mengatakan bahawa buku yang paling sahih setelah Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim adalah Shahih Ibnu Khuzaimah dan Shahih Ibnu Hibban.”
 
Imam Ibnu Hajar dalam kitab an-Nukat ‘Ala Kitab Ibnush Sholah (1/291) berkata, “Hukum hadis-hadis yang ada dalam Kitab Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban adalah wajar dijadikan hujah, kerana di dalamnya membentangkan hadis sahih dan hasan, selagi mana pada salah satu darinya tidak ada yang mencelanya.”
 
Walaupun demikian, Shahih Ibnu Hibban ini belum disusun berdasarkan penyusunan bab yang sistematik dan musnad, sehingga sukar penelitian dibuat ke atas hadis-hadis yang ada di dalam kitab tersebut.
 
Kemudian oleh Imam Amir Alauddin Abu Hasan Ali B. Balban B. ‘Abdullah al-Farisi al-Misri al-Hanafi rahimahullah, Kitab at-Taqashim wa al-Anwa’ ditata atau disusun semula berdasarkan qism-qism dan nau’-nau’. Beliau menata Shahih Ibnu Hibban berdasarkan jilid atau bab-bab (pembahagian) tertentu. Usaha beliau yang mulia tersebut menjadikan para penuntut ilmu lebih mudah mengambil faedah dari kitab at-Taqashim wa al-Anwa’ ini, yang kemudian kitabnya diberi judul atau dikenali sebagai Shahih Ibnu Hibban bi Tartib Ibni Balban (Shahih Ibnu Hibban dengan susunan oleh Ibnu Balban).
 
Buku inilah yang kemudian diterjemahkan sebagai Shahih Ibnu Hibban. Bersama-sama terjemahan ini, disertakan dan diterjemahkan sama adalah tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth ke atas Shahih Ibnu Hibban pada nota kakinya. Sehingga status hadis-hadis yang dipersembahkan di dalamnya dapat diketahui dengan baik sama ada sahih atau tidak. Komentar dan manfaat-manfaat dari hasil ta'liq dan takhjrij oleh Syu'aib al-Arnauth juga amat bermanfaat untuk diambil perhatian sebagai tambahan ilmu dan maklumat yang penting.



0 comments:

Post a Comment